Sumayyah Qurban - di Mekah



SGR = SUMAYYAH GLOBAL RESOURCES SDN BHD (Nombor Pendaftaran SSM : 201901024452) ialah syarikat milik Muslim 100% yang mempunyai beberapa jenama produk-produk makanan dan perkhidmatan (Kurma Ajwa Aliah dari Tanah Haram Madinah, Madu Sidr Asli dari Yaman) 


Salah satu jenama di bawah SGR ialah Sumayyah Qurban, yang menguruskan ibadah Qurban dan Aqiqah di Mekah. 


Alhamdulillah, dengan limpah kurnia dari Yang Maha Esa, SGR mengorak langkah lagi dengan satu lagi projek baru iaitu Sumayyah Qurban.

InshaAllah, SGR menawarkan khidmat:

  1. Aqiqah
  2. Sedekah
  3. Nazar
  4. Dam

Semuanya sembelihan kambing, sepanjang tahun di Mekah, di bawah pengurusan Sumayyah Qurban.

Khidmat pengurusan ibadah ini dibuka sepanjang tahun inshaAllah (daging sembelihan tidak dimasak. terus dibahagikan ke fakir miskin di Mekah)


Proses sembelihan dan pengagihan daging qurban/aqiqah dijalankan oleh syarikat yang kami lantik, telah berpengalaman selama 13 tahun (sejak 2008).


Di bawah ini adalah gambar ternakan di Mekah untuk tujuan Qurban, Aqiqah atau Sedekah. 





Pada musim Qurban 2021 (1442H), sebanyak 233 ekor kambing, 15 ekor unta dan 6 ekor lembu telah selamat disembelih dan diagihkan di Makkah Al-Mukarramah. Alhamdulillah. 

Di bawah ini ialah facility di Mekah yang besar dan mampu menguruskan sembelihan dan lapahan beribu-ribu ekor haiwan ternakan sehari. 



Di luar musim Qurban, Sumayyah Qurban tetap beroperasi menguruskan aqiqah, sedekah, nazar dan dam melalui sembelihan haiwan ternakan dan pengagihan daging ke sekitar Mekah bagi penduduk Mekah, terutamanya yang fakir dan miskin.

Di bawah ialah gambar-gambar aqiqah Mekah yang telah diuruskan oleh Sumayyah Qurban. Situasi sama jikalau anda mengambil khidmat Sedekah, Dam, Nazar di Mekah. 

1 ekor kambing berharga RM450. 





Peserta akan menerima gambar sebelum dan selepas sembelihan, serta video sembelihan seperti ini :


ANDA TERINGIN UNTUK TURUT SERTA BERIBADAH DI MEKAH TETAPI TIDAK MAMPU BERBELANJA RM450 SEKALIGUS?


JANGAN RISAU. BIAR KAMI BANTU REALISASIKAN IMPIAN ANDA UNTUK LAKSANAKAN IBADAH DI MEKAH


Bagi sedekah kambing, Sumayyah Qurban turut membuka KONGSI SEDEKAH di mana anda tak perlu mengeluarkan belanja besar untuk laksanakan ibadah di Mekah. Serendah RM50, anda sudah boleh sertai KONGSI SEDEKAH sembelihan kambing di Mekah.


Yang mana, kos seekor kambing berharga RM450 dibahagi 9 orang, jadi seorang hanya perlu bayar RM50 saja untuk 1 nama.


Contoh seperti di bawah ini:



Sijil digital disertakan sebagai kenang-kenangan anda berjaya laksanakan ibadah di Mekah walaupun tidak ke sana. 


(Kongsi hanya boleh dilakukan bagi sedekah. Aqiqah, qurban, nazar, dam; tidak boleh berkongsi kerana hukum dan tetapannya berbeza dengan sedekah) 


JANGAN RISAU. SEMUA KAMI UPDATE

Semua peserta Sumayyah Qurban (aqiqah, sedekah, kongsi sedekah) akan diberikan link untuk join telegram channel yang mana mereka boleh melihat sendiri update dari HQ SGR tentang tarikh sembelihan kambing bagi urusan aqiqah, sedekah atau nazar yang mereka telah tempah.



Anda akan menerima update dalam channel telegram ini apabila sembelihan sudah selesai (kebiasaannya lewat petang waktu Malaysia, ataupun malam, disebabkan perbezaan waktu Mekah dengan Malaysia).

Gambar dan video sembelihan kambing Aqiqah, Sedekah, dan Kongsi Sedekah, semuanya akan dihantar ke email anda dalam masa 3-4 hari bekerja setelah selesai sembelihan.

Bagi peserta Kongsi Sedekah, sijil digital akan dihantar dalam email yang sama.

Bagi peserta Aqiqah dan Sedekah 1 ekor, sijil ukiran kayu dan FREEGIFT Kurma Ajwa Aliah Dari Tanah Haram Madinah, akan diposkan dalam masa 2-3 minggu (setelah sijil siap diukir).


Dibawah ni kami lampirkan info berbentuk Q&A untuk memudahkan anda faham dengan lebih lanjut tentang projek ibadah Aqiqah, Sedekah dan Nazar di bawah SGR ini.



FAQs

S : Dimanakah lokasi untuk projek Aqiqah, Sedekah dan Nazar ini dibuat?

J : Lokasi dibuat di Mekah.


S : Apakah binatang ternakan yang diambil untuk Aqiqah, Sedekah dan Nazar di bawah Sumayyah Qurban?

J : Sumayyah Qurban menawarkan pilihan kambing, lembu dan unta untuk Qurban, Aqiqah dan Sedekah. 1 ekor kambing = 1 bahagian.

1 ekor lembu atau unta = 7 bahagian

(Bagi peserta Kongsi Sedekah, RM50 bukan merujuk kepada 1 bahagian kerana kambing 1 ekor adalah 1 bahagian. Tetapi dinamakan sebagai RM50 = 1 nama)


S : Berapakah kos untuk sertai Aqiqah dan Sedekah di bawah Sumayyah Qurban?

J : Untuk kambing, RM450 untuk 1 ekor = 1bahagian. Untuk lembu atau unta, RM3500 untuk 1 ekor sehingga 31 Oktober 2021 (7 bahagian).

Harga ini termasuk harga seekor haiwan tersebut di Mekah,dan semua kos dan belanja pengurusan yang terlibat.


S: Sumayyah Qurban baru ditubuhkan. Bagaimana SGR hendak menguruskan sesuatu yang besar seperti ibadah Qurban di Mekah yang sangat besar ini?

J: Sumayyah Qurban telah melantik pihak yang sangat berpengalaman di dalam urusan Qurban, Aqiqah dan Sedekah di Mekah, yang telah beroperasi selama 13 tahun (bermula tahun 2008). Jadi anda tidak perlu khuatir atau risau akan pelaksanaannya, inshaAllah.


S: Siapakan golongan yang bakal menerima daging Aqiqah, Sedekah dan Nazar tersebut?

J: Ada ramai fakir miskin di sekitar Mekah. Kebanyakan mereka bukan penduduk tempatan tetapi orang luar yang berhijrah ke Mekah. InsyaAllah, setiap bahagian Qurban, Aqiqah dan Sedekah akan diberikan kepada golongan yang sepatutnya.


S: Biasanya kalau di Malaysia, daging untuk Aqiqah akan dimasak dahulu untuk dijamu kepada orang. Kalau di Mekah macam mana pula?

J: Untuk ibadah Aqiqah di Mekah kelolaan SGR, daging tidak dimasak dan akan terus diberikan kepada golongan yang layak. Memasak daging aqiqah itu adalah disunatkan sahaja.


S: Bagaimana nak tahu betulkah ibadah Aqiqah, Sedekah dan Nazar dibuat untuk bahagian saya?

J: setiap haiwan yang disembelih bagi tujuan tersebut akan diambil gambarnya beserta nama peserta sebagai rujukan. Dan video sembelihan juga akan diberikan. 


S: Ada akad jual beli untuk saya bila buat pembayaran untuk sertai Aqiqah, Sedekah dan Nazar?

J: Ya, akad jual beli yang lengkap akan diberikan untuk tujuan Aqiqah, Sedekah dan Nazar. Tuan puan perlu membaca akad tersebut. Bagi urusniaga melalui WhatsApp dengan ejen SGR, tuan puan sangat digalakkan untuk membaca melalui voice note bagi simpanan bersama. 


S: Bila tarikh terakhir untuk menyertai Aqiqah, Sedekah dan Nazar?

J: Tiada tarikh akhir selagi operasi Sumayyah Qurban masih berjalan, InshaAllah. Aqiqah dan Sedekah berjalan sepanjang tahun. 


S: Bagaimanakan pengiraan bahagian dilakukan?

J: Bagi kambing, 1 ekor bersamaan 1 bahagian. Bagi lembu dan unta, 1 ekor bersamaan 7 bahagian.


S: Berapa bahagian haiwan ternakan untuk Aqiqah?

J: Bagi anak perempuan, 1 bahagian. Bagi anak lelaki, 2 bahagian.


S: Bolehkah saya ingin membuat Aqiqah untuk diri saya sendiri kerana tidak pasti samada ibu bapa saya sudah membuat Aqiqah untuk saya atau belum.

J: Boleh, tiada masalah inshaAllah.


S: Apakah yang saya akan terima bila menyertai Kongsi Sedekah RM50 bersama Sumayyah Qurban?

J: Tuan puan akan menerima 

     i. Perkhidmatan pengurusan ibadah Qurban, Aqiqah dan Sedekah mengikut haiwan yang dibayar

     ii. Sijil penyertaan (sijil digital seperti gambar contoh di atas) dihantar ke email anda.

     iii. Maklumat berkenaan ibadah Aqiqah, Sedekah dan Nazar di Mekah dalam bentuk gambar dan video, dihantar ke email anda.


S: Apakah yang saya akan terima bila menyertai Qurban, Aqiqah dan Sedekah 1 ekor bersama Sumayyah Qurban?

J: Tuan puan akan menerima 

     i. Perkhidmatan pengurusan ibadah Qurban, Aqiqah dan Sedekah mengikut haiwan yang dibayar

     ii. Sijil penyertaan (akan diposkan selepas selesai ibadah Qurban, Aqiqah dan Sedekah 1 ekor). 

         Sijil bagi unta / lembu adalah sijil kertas bersaiz A4,

         manakala sijil bagi kambing adalah ukiran kayu bersaiz A5 (diposkan dalam 2-3 minggu selepas sembelihan kerana proses ukiran mengambil masa.

     iii. Kurma Ajwa Aliah dari Tanah Haram Madinah oleh SGR (500g). 

     iv. Maklumat berkenaan ibadah Aqiqah, Sedekah dan Nazar di Mekah dalam bentuk gambar dan video.



Kami di SGR mendoakan niat tuan puan untuk nak melaksanakan ibadah Aqiqah, Sedekah dan Nazar ini dipermudahkan.




ANDA BERMINAT UNTUK MENGAMBIL SERVIS KAMI BAGI MENGURUSKAN URUSAN IBADAH AQIQAH, SEDEKAH ATAU NAZAR, ANDA? 


Boleh terus mengisi borang di bawah dan membuat pembayaran. Pihak kami akan menghantar butiran kepada anda melalui email (termasuk link untuk menyertai link Telegram Channel Updates)


AKAD


PENTING

Lafaz Akad pemohon:


Saya, ___(nama)____ bersetuju untuk mendapatkan perkhidmatan Aqiqah @ Sedekah (sebut yg mana berkaitan) di Sumayyah Qurban dan mewakilkan kepada urusetia program, untuk menyempurnakan urusan perlaksanaanibadah Aqiqah @ Sedekah (baca yg berkaitan sahaja) sebanyak ____(nyatakan berapa ekor kambing @ berapa bahagian unta @ lembu)____ bagi pihak saya @ waris yang bernama ___________ pada tahun ini kerana Allah Taala.




Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Aqiqah Kambing Mekah 1 ekor (1 bahagian)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN


Maklumat Peniaga

CharityEffortPeyusLela
lailayusof87@gmail.com
+60172425273